Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,
Semenjak tahun 2015 lagi kami telah memudahkan peminat tanaman kurma untuk mendapatkan informasi berkaitan tanaman pokok kurma termasuk bekalan anak benih pokok kurma.
Bagi mendapatkan maklumat yang tepat tentang penanaman anak pokok kurma, kami telah ke Chiang Mai, Thailand untuk melawat secara rasmi Kebun Kurma Kolak yang dimiliki oleh Profesor Sam Lak Juan.
Sejak dari itu, kami mula membekal anak benih pokok kurma kepada pelbagi lapisan masyarakat di Malaysia yang mula berminat dan berjinak jinak untuk memulakan tanaman kurma. Ada yang untuk tujuan hobi dan hiasan laman rumah sahaja, malah ada juga yang mengusahakan secara semi komersial atau secara kecil kecilan dengan saiz keluasan tanaman sekitar setengah ke satu ekar.
Pun begitu, kelihatan petani dan usahawan tani di Thailand jauh lebih laju dan maju berbanding Malaysia dari segi menjadikan pokok kurma sebagai salah satu tanaman komersil alternatif.
Sudah sampai masanya, kurma yang sinonim dengan komuniti muslim kerana amalan sunnah memakannya terutama semasa bulan Ramadhan, bergerak selangkah lagi ke hadapan, iaitu menjadi penanam kurma dan tidak mustahil mencapai taraf berdikari dari segi bekalan kurma dalam negara, suatu hari nanti, Insha Allah.
Sementara itu, tidak kira jika anda berminat dengan anak benih pokok kurma atau pun pokok kurma besar, boleh terus hubungi kami sama ada Call/WhatsApp 019-2696947