Kebun Kurma Komersil

kebun kurma thailand

Adakah anda berminat untuk membuka kebun atau ladang kurma secara komersil?

Mungkin ianya masih belum terlintas di fikiran anda. Selama ini pokok kurma sangat sinonim dengan “buah dari negara arab”. Jika kita lihat laporan Agensi Pertubuhan Makanan & Pertanian (FAO) di bawah, memang pengeluar terbesar kurma kebanyakannya dari negara “Timur Tengah” dan beberapa buah negara dari Afrika. Negara yang paling hampir dengan kita pun kelihatannya ialah Pakistan.

pengeluar kurma duniaYang menarik, Wilayah Rajastan, India, sejak tahun 2008 telah melancarkan program penanaman kurma besar besaran sebagai tanaman alternatif yang berpotensi tinggi untuk meningkatkan pendapatan petani di sana.

Usaha tersebut nampaknya mula membuahkan hasil dengan pengeluaran yang membanggakan pada tahun 2016. Dan terus mencipta pengeluaran yang jauh lebih baik pada tahun 2018.

Mereka terus merancang untuk meluaskan kawasan tanaman kurma ke wilayah yang lebih selatan seperti di Maharashta, Karnataka dan Goa.
kurma rajashtan

kurma rajashtan 2Selain itu, tidak kurang juga, negara negara yang lebih selatan seperti Somalia, Namibia, Uganda, Kenya dan Selatan Sudan turut menggerakkan program penanaman kurma kerana faktor margin yang lebih menguntungkan berbanding tanaman lain.

Sementara itu, negara jiran kita, Thailand juga telah memulakan usaha penyelidikan tanaman kurma secara senyap senyap, sejak lebih 20  tahun yang lalu, sekitar tahun 1995 – 1996. Usaha tanaman kurma di Thailand telah dipelopori oleh Prof. Sam Lak Juan di Chiang Mai, Thailand. Beliau merupakan pemilik Kebun Kurma Komesil – Kolak Thai Date Palm.

Kini di Thailand, berlaku demam penanaman pokok kurma sebagai tanaman alternatif yang menguntungkan. Bukan sahaja petani kurma di Thailand menjual buah segar – sekaligus merancakkan agro pelancongan, malah, buah kurma diproses menjadi pelbagai produk hiliran dan dijual di pasaraya pasaraya besar.

Ya, gambar kebun di atas sekali adalah gambaran sebuah kebun kurma bukan di Arab Saudi, sebaliknya di Kanchanaburi, Thailand.

(Hanya Beberapa Gambar Yang Membayangkan Senario
Industri “Kurma” Di Thailand)

Satu lagi negara jiran kita, Indonesia sedang giat belajar dari Thailand. Pakar pakar kurma Thailand dijemput untuk memberikan kursus dan seminar di Indonesia. Pelbagai lawatan sambil belajar dianjurkan ke kebun kebun kurma di Thailand. Wartawan akhbar dan majalah pertanian turut ke Thailand untuk membuat sorotan dan laporan.

Seminar Kurma 2018

Bagaimana dengan Malaysia? Nampaknya berdasarkan pengalaman kami yang mengikuti perkembangan aktiviti penanaman kurma ini sejak 2015, masih terlalu sedikit minat yang ditunjukkan di kalangan masyarakat petani.

Pada masa ini di Malaysia, penanaman kurma lebih kepada tujuan hobi dan lanskap sahaja. Kemungkinan besar disebabkan tiada informasi yang lengkap dan tanpa promosi dan sokongan daripada pihak yang berkaitan.

Lebih mendukacitakan, masih ada pihak tertentu yang menjalankan Skim Cepat Kaya yang menjadikan “Projek Tanaman Kurma” sebagai alasan untuk mengutip deposit pelaburan. Ini seterusnya memberikan tanggapan buruk kepada “projek tanaman kurma”.

Skim Tanaman Kurma

Potensi Tanaman Kurma

Secara ringkas, berikut ialah informasi asas yang anda perlu tahu apabila anda berminat untuk meneroka lebih lanjut tentang potensi tanaman kurma.

1. Pokok Betina Berbunga & Berbuah Selepas 3-5 Tahun.
2. Hasil Minima 20kg – 200kg/Pokok/Tahun.
3. Usia Pokok Boleh Menjangkau Lebih 100 Tahun.
4. 1 Ekar Boleh Tanam 80 Pokok (7M x 7M)
5. Harga Minima Buah Segar RM50/Kg

Kami serahkan kepada anda untuk membuat kira kira berdasarkan informasi di atas.

Sudah tentu, bukan jenis tanam dan tinggal. Usaha penanaman memerlukan ilmu, pengurusan, pembajaan, kemahiran penjagaan mengikut fasa tumbesaran dan akhir sekali pemasaran.

Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Tepat sekali kata pepatah bijaksana tersebut. Setiap sesuatu kerja perlu dimulakan dengan perancangan dan pengurusan yang rapi barulah boleh meraih potensi hasil yang luar biasa, Insha Allah.

Berminat untuk memulakan tanaman kurma?

Update: Untuk cara beli anak benih pokok kurma, boleh ke link Cara Beli.

Anda juga boleh Call/WhatsApp +60 19-269 6947 untuk info lanjut.