Pokok Kurma Besar

Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,

Antara pokok yang menjadi pilihan untuk landskap yang eksklusif ialah pokok palma. Dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pokok kurma yang tergolong di dalam keluarga pokok palma menjadi pilihan utama untuk landskap eksklusif.

Pokok kurma boleh menjadi pintu gerbang yang menarik apabila memasuki sesuatu premis seperti rumah banglo, taman mini, taman awam, resort, universiti, institut, bangunan kerajaan, ekspo, masjid, surau dan sekolah tahfiz. Selain itu, pokok kurma juga yang amat sinonim dengan komuniti muslim kerana mengamalkan sunnah memakan buah kurma turut menjadi pilihan landskap yang menarik oleh pihak majlis kerajaan tempatan seperti majlis daerah dan majlis perbandaran.

Pokok kurma juga menjadi pilihan oleh pihak Perbadanan Putrajaya untuk hiasan landskap jalan raya di wilayah itu sejak dulu lagi. Dan yang menarik, pokok kurma di Putrajaya pernah menjadi bualan hangat kerana telah mula berbuah pada tahun 2018 yang lepas.

Majlis Perbandaran Kangar dan Majlis Perbandaran Alor Setar juga kelihatan menanam pokok kurma sebagai hiasan landskap jalan raya dan lebuh raya di bandar tersebut.

Begitu juga dengan projek Taman Tamadun Islam di Terengganu yang banyak menanam pokok kurma sebagai hiasan landskap ekslusif untuk kawasan masjid.

Dataran Warisan Taiping yang diselenggara oleh pihak Majlis Perbandaran Taiping turut memilih pokok kurma sebagai landskap eksklusif sejak tahun 2016 lagi dan yang menarik telah mengeluarkan buah sejak tahun 2018.

Seterusnya, Majlis Perbandaran Manjung juga memilih pokok kurma sebagai pokok hiasan eksklusif di sekitar jalan Kompleks Pelancongan Lumut, dalam usaha mengindahkan dan menjenamakan semula bandar Lumut sebagai pusat pelancongan dan maritim.

Tentu anda masih ingat beberapa tahun lepas beberapa pokok kurma di Bulatan Jam Besar, Kota Bharu yang rancak berbuah sehingga menjadi satu daya tarikan istimewa kepada bandar Kota Bharu. Sudah tentu inisiatif penanaman pokok kurma itu dibuat oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu sendiri.

Begitu juga dengan berita pokok kurma berbuah di Kota Iskandar, Nusajaya Johor sejak 2014 lagi membuktikan pokok kurma begitu popular dan menjadi pilihan eksklusif pihak yang menguruskan landskap dari Perlis hinggalah ke Kota Bharu, Kuantan dan seterusnya Johor.

Kami himpunkan beberapa koleksi gambar pokok kurma besar untuk tatapan anda di bawah 🙂

Update: Untuk cara beli pokok kurma besar, boleh ke link Cara Beli.

Anda juga boleh Call/WhatsApp +60 19-269 6947 untuk info lanjut.